Rabu, 24 Ogos 2011

KOLEKSI SHAWL COTTON

Kain jenis Cotton dari china amat lembut untuk dipakai. Kain ini tampak berkemut , di tambahkan dengan benang-benang halus berjuntai di hadapan dan di letakan barisan bunga di belakang tudung menjadikan lebih elegen dan bergaya. Sesuai untuk di padankan dengan pelbagai jenis pakaian jubah, jeans , tshirt dan sebagainya. Tampak bergaya dan anggun bersama koleksi norastyle baru ini. Selamat mencuba. 

fesyen shawl

                   Bicara manis
Keperluan :
anak tudung syria
shawl
jarum meniti

Cara-cara :
1.Lebarkan selendang dan letakkan di kepala .Ambil bahagian hujung selendang sebelah kanan lalu sematkan jarum peniti di kepala .
2.Kemudian ambil bahagian kiri selendang yang panjang tadi dan lilitkan ia di leher  seterusnya ke atas kepala hingga berada di bahagian bahu kanan .
3.Ambil hujung selendang dan pintalkan ia menjadi ikatan yang cantik .
4.Sesudah itu ,sematkan jarum peniti padanya di bahu agar tersemat rapi .